Sunday, March 8, 2009

hari ini..(09.03.09)

Assalamualaikum…

Kali ini tergerak hati aku untuk menulis mengenai apa perkara yang kita harapkan, tapi seakan mustahil untuk kita capai. Sebenarnya dalam hidup kita ini banyak kali berlaku perkara macam ini, kadang-kadang kita mahukan sesuatu di luar kemampuan kita. Sebagai contoh, sebagai seorang remaja lelaki yang ingin dipandang tinggi oleh orang lain, mesti dia akan cuba menarik perhatian orang ramai seperti ingin memilki motorsikal Kawasaki 600cc.

Tetapi, untuk memiliki hati seseorang jauh lebih susah daripada ingin memiliki motorsikal itu. Kerana motosikal itu sebuah benda yang tidak mempunyai nyawa mahupun perasaan. Apa yang cuba aku sampaikan disini adalah berkait rapat dengan apa yang telah berlaku ke atas diri aku. Aku tidak tahu dimana salah dan silap aku, lagipun ini bukan kali pertama sebenarnya.

Dalam usia remaja begini, perasaan ingin bercinta memang panas membara. Tapi bagi aku, aku masih lagi dapat mengawal diri daripada semua itu, mungkin kerana pengajaran daripada pengalaman mungkin membuat aku berasa untuk tidak bercinta pada zaman persekolahan ini, tetapi perjalanan hidup ini telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Jadi apa yang berlaku adalah suratan takdirnya. Seawal perkenalan aku dengan dia, segalanya mudah dan indah, namun bunga yang kembang pun akan layu, manusia yang muda akan jadi tua, segalanya hanya sementara. Sejak berpindah sekolah, yang dekat jadi jauh…

Bayang hitam kelam pun sudah tidak kelihatan, inikan batang hidung. Aku mahu dia tahu, walaupun berjauhan tetapi atas nama sahabat, aku harap akan berkekalan. Aku tidak pernah mengharap cinta daripada dia. Apa yang aku mahukan hanyalah keikhlasan dan kejujuran dalm hubungan. Tahun ni aku seorang calon SPM dan aku harap tahun ini akan menjadi tahun terindah dalam hidup aku. Bukan hanya cemerlang akademik, tetapi juga cemerlang sosial dan sahsiah. Walaupun sebagai seorang PRS, tetapi selagi bernama manusia pasti tidak lepas daripada masalah.



~Langit tak selalunya cerah~
Kaysaku210@yahoo.com